Sunday, November 1, 2009

Atur cara majlis pernikahan

Sebelum akad nikah :

1. Pastikan sentiasa ada pengapit duduk di sebelah.

Pengantin perempuan terutamanya. PENTING! Untuk lapkan peluh, adjust veilin case nak kena ubah tempat duduk ke apa. Lagipun, tak manis lah kalau pengantin perempuan duduk sorang-sorang. Dia pun tau segan jugak. Kalau nak kena bangun, berjalan untuk mintak IC pengantin perempuan ke apa, biar suruh pengapit yang buat. Pengantin duduk diam-diam sudah. Dah nama pun raja sehari, kan? yang panjang berjela masa nak duduk atau bangun, tolong alih-alih barang/kusyen tempat bertimpuh tu


2. Sediakan IC / kad pengenalan.

Keluarkan siap-siap daripada dompet. Mintak tolong pengapit pegangkan. Nanti tok kadi mintak, tinggal hulur je.


3. Duit upah.

Untuk pengantin lelaki, jangan lupa sediakan duit upah tok kadi. Ada sesetengah tempat, saksi pun nak kena bagi saguhati. Tanya siap-siap kat wakil pihak perempuan pasal hal ni.


4. Solat sebelum nikah

Kalau buat kat masjid, lebih afdhal ditunaikan solat ni.


5. Senyum! Senyum! Senyum!

Kot iye pun berdebar-debar, janganlah sampai muka masam mencuka tengok kamera. Satu lagi, kalau tengah duduk bertimpuh lama-lama tu, tiba-tiba kaki jadik kebas ke, tukarlah position dengan cara sehabis sopan. Jangan paksa diri menahan. Ada pulak kes pengantin kejang kaki sebab bertimpuh lama sangat kang.


Semasa akad nikah :

1. Khutbah nikah

Yang ni aku tak berapa sure. Ada dibuat sebelum akad nikah, ada jugak selepas. Ikut tempat lah kot. Masa ni, dua-dua pengantin kena duduk dekat sikit lah kan. Pastikan pengapit yang usung bantal nikah pergi dekat sikit dengan tempat pengantin lelaki dan tok kadi. BUKAN pengantin yang angkut sendiri,ye! Lepas tu, duduk lah atas tu. Takyah segan-segan nak suruh pengapit buat itu-ini. Nanti kamu upah lah dia dengan baju baru barang selai dua :p


2. Bacaan taklik

Lepas akad nikah, ada bacaan taklik. Macam ikrar janji suami-isteri gitu, la. Mula-mula, pengantin lelaki lepas tu baru yang perempuan. Kalau tiba-tiba kena baca dalam tulisan Jawi, pandai-pandai kamu lah. Get ready je.


3. Keluarga Sakinah.

Bagi orang Johor, benda ni dah biasa. Macam proses penyerahan penjagaan dan tanggungjawab oleh keluarga sebelah perempuan kepada pengantin lelaki. Adalah nanti yang lelaki kena pegang ubun-ubun kepala isteri sambil buat akujanji, wali dan ibu kena baca ikrar penyerahan, pengantin perempuan pulak baca ikrar pelepasan mintak halal air susu ibu bagai. Pendek kata, memang sandiwara semasa lah biasanya. Siap-siap lah letak sekotak tisu kat sebelah, ye.


4. Solat lepas nikah.

Siap je semua ni. Kalau air sembahyang belum batal lagi, boleh tunaikan solat selepas nikah.


Selepas akad nikah :

1. Penyerahan mas kahwin dan wang hantaran.

Kadang-kadang, ada jugak ayat yang nak kena sebut masa ni. Ikut je lah apa tok kadi kata. Lepas tu, sah-sah kena posing lama sikit untuk diambil gambar. Kenalah pandai berlakon sikit-sikit, ok.


2. Upacara pembatalan air sembahyang.

Mintak tolong pengapit siap-siap pergi ambil cincin/gelang/rantai yang nak digunakan dalam upacara ni. Kalau sarung cincin takde masalah rasanya. Cuma kalau nak sarung rantai leher atau gelang tangan, pesan siap-siap kat pengantin lelaki kamu tu, suruh dia berlatih dulu pakaikan kat mak dia ke. Takdelah sejam haa orang tunggu sebab terkial-kial tak reti nak cangkukkan rantai atau gelang tu nanti :p


3. Bersalaman + cium tangan suami.

Ni lah yang dinanti-nantikan kamu semua, kan? Eleh, malu-malu tak nak mengaku pulak. Memang saat paling syahdu, gitu! Salam tangan macam biasa dan ciumlah. Dah kata suami. Kenalah cium tangan dia :p Masa ni pun sama. Orang akan buli suruh cium lama sikit sebab nak ambik gambar. Apa boleh buat. Layankan aje. Yang penting gambar cun, kan.


4. Cium dahi.

Yang ni buat kalau ada orang suruh je, ok. Jangan nak pandai-pandai buat. Nanti dikata gelojoh pulak. Tapi, kalau memang dah mengidam nak buat jugak, setkan awal-awal, cakaplah kat pengapit ke, makcik saudara ke, suruh diorang cakap nanti. Konon-konom macam diorang yang suruh la :p Ni pun, nak kena suruh pengantin lelaki berlatih jugak. Suruh lah dia cium bantal tiap hari. Tak nak lah buat muncung itik pulak nanti. Cacat gambar, kamu jugak yang menyesal tak sudah.

Cara-caranya? Ikut tips yang Nano bagi, sebelah tangan pegang bahu pengantin perempuan, sebelah lagi pegang dagu dia. Saling memegang tangan satu sama lain pun boleh. Barulah dapat cium kat dahi isteri. Bukannya cium tudung macam Mawi dengan Ekin dulu :p


5. Bersalaman dengan ahli keluarga.

Tang ni pun ada protokolnya. PENTING! Hati orang tua kan sensitif. Kita kenalah berhati-hati. Lepas selesai semua, pengantin lelaki akan diminta untuk membawa pengantin perempuan untuk bersalaman dengan ahli keluarga dan semua hadirin. Mulakan dengan wali, mak ayah sebelah perempuan atau mak ayah sebelah lelaki. Tak kira lah berapa jauh pun diorang duduk antara satu sama lain, bawak pengantin perempuan pergi jumpa dan salam mereka dulu. Lepas tu, barulah salam yang lain-lain.


Lepas baca, jangan lupa sampaikan kat bakal pengantin lelaki kamu. Biasalah, orang lelaki mana suka nak baca benda-benda macam ni. Selaku bakal pengantin perempuan yang dedikasi, kitalah bertanggungjawab untuk memberitahu. Biarlah dia nak kata leceh ke apa, yang penting, majlis kita nanti berjalan dengan baik tanpa sebarang rasa tak puas hati mahupun kontroversi =)


sumer dari sini

DIY- hiasan bilik tidur

hmmm...ingat nk DIY bilik pengantin sendiri je la ;) insyaAllah ji ka ada masa

senarai brg2 yg nak d beli (akn d pertimbangkan) =) :
~ lilin utk aromatrpi
~ petal rose atas katil
* tabur ats kali, meja hiasan, kelambu
~ carpet bulu lembut tu (kambing ek)
~ lampu hiasan di sisi


ada apa2 lg ke yg leh d tambah kan lg??

Fresh Flower??

kawan2, siapa tahu nk borong fresh flower murah2 katne?

area kl or sel?

kalau ade yg murah2, ingat nk buat gubahan hntrn fresh flower & hiasan bilik tdur fresh flower...

da clock is ticking

waaaa...sudah tinggal 40 hari je lagi ;p
sgt xsbr + bdebar2
dhla byk lg x prepare ni..


~Nikah Day~
borang2: belum siap lg and tak hantar lg
baju nikah : DONE!
mekap nikah : dh booked ~ mik org yg mekap akk aku nikah smlm ;)
baju persalinan 2 psg : belum ke butik utk pilih baju lg (sama ada nk pilih gown, songket or lace) or and nk color pe

photogrpher : dh jmpe, tp blum confirm nk mik pakej yg mane and tak start byr pape lg
brg2 hantaran : smua dh beli, tinggal nk gubah je..
baju family : color trqoise sudah siap d beli kain, blum hntr tempah lg
catering : blum jmpe lg
Canopy : xbooked lg
door gift : blum beli lg
DJ: belum book
Pengapit: Friend of mine -Yati / My sis - Nabila
Kemas bilik/ hias bilik : tak start langsung lg..
Inai :pkai tube sudey..

~Walimah Day~
Kad kahwin: xsiap2 lg (ntah pe cite la kt indonsia sne tu)
baju : dh siap, skg ni hntr jhit mnik plak, laki - sewa (tp xcari lg)
mekap : dh booked
photogrpher : sma sprti di ats
baju family: sama sperti d ats
catering : booked
door gift : order sudah, tp blum siap lg
DJ : belum book
Pengapit: Dont know yet
Dewan : Booked
Penanda arah : Belum d tempah
Banting : Belum d tempah

Saturday, October 31, 2009

Kakak ku sudah nikah

Alhamdulillah, hari ni majlis pernikahan akk aku bjln dgn lancar..
congrats to my sis n her hubby, ada kluarga baru la kami ;)
adik doakan kebahagiaan akk bsama suami slamanya, dkurnikan zuriat yg soleh & solehah..

akk ku kelihatan sgt cantiks..hmmm..
tak sbr plak aku nak rasa saat itu bln 12 nnti insyaAllah...
sekejap sgt masa berlalu..

nikah baju putih & 2 persalinan lace (ungu,pink) dan songket (hijau)
sgt cantik...sukanye tgk..dh la slimmm... im happy for u my sis
hmmm gamba?? tak sempat nk mik gamba akk aku sndri..sbb sibuk sgt..kwn2 die n photogrpher jela yg btungkus lumus amik gamba mereka..

lauk2 ala2 minang sikit, sbb nk memikat kluarga hati lelaki nye org minang.. mmg sodap..
nasi putih, aym goreng berempah, dgg msk kuning (aku pon xtau la ape nme lauk nye), sambal ikan, tempe & tauhu...mmg sodaappp!!

opsss, diet still bjln lncar.. Alhmdulillah ticker tu makin ke kanan lg..mintak2 dptla berat idaman ku...

Thursday, October 29, 2009

menu

bfast:sandwich tlur lg (fav btul)

lunch: nasi goreng ayam

diner: tauhu bakar + sos (yummmy)

mode: sgt busy..... xleh nak bebel byk2 hehe

Wednesday, October 28, 2009

bila masa bagi kad??

saya mahu minta pandangan kamu

tarikh reception saya pd 12 Dec 09, bila masa sesuai utk berikan kad kahwin??

skrg pon dh boleh bg kah?
1bulan sebelum kah?
2mnggu sblum kah?




* Gambar hiasan sahaja*
(kad belum siap lg, tp baru buat sendiri yg templete punye)